Thursday, 15 September 2011

MARKISA




Sementara menunggu pokok anggur besar kita cerita tentang Markisa pulak.

Buah Markisa juga dikenali sebagai Buah Susu merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu saja atau dijadikan minuman. Terdapat 2 jenis buah markisa iaitu kulit berwarna kuning dan ungu namun rasa kedua-duanya adalah sama saja.



Anak pokok Markisa
  




Pokok Markisa dibiarkan memanjat pokok jambu batu
 Pokok Markisa dijangkakan mula menghasilkan buah pada usia 5-6 bulan tetapi markisa yang ku tanam ini telahpun berusia hampir setahun baru mengeluarkan bunga sulung itupun belum mengeluarkan putik lagi.
Jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Daripada sumber yang boleh dipercayai buah markisa boleh dituai 75 hari selepas proses pendebungaan. Buahnya masam manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila masak ranum. Buah yang cukup matang akan tertanggal dari tangkainya secara semulajadi itu menandakan buah telah cukup masak.



Markisa rimbun dicelah-celah pohon jambu batu
 



Kuntum bunga Markisa
 

Bunga Markisa yang sedang mekar



Buah Markisa memang tinggi nilai khasiatnya terutamanya antioksidan dan vitamin C. Citarasa dan aromanya yang unik kadangkala tidak digemari oleh sesetengah orang tetapi khasiatnya yang tinggi dikatakan mampu mengurangkan pertumbuhan sel barah selain dapat mengawal kadar kolesterol dalam darah dan mengurangkan tekanan fizikal.


Putik Markisa


Buah Markisa
 Rupanya bukan semua bunga markisa yang berkembang mekar akan menjadi buah sebaliknya akan gugur tanpa sempat berputik. Hanya bunga yang menjalani proses pendebungaan yang sempurna saja yang akan berputik dan menjadi buah.




Buah yang hampir masak




















Markisa kuning yang hampir masak


Buah yang telah gugur dari tangkainya


Yum yum lazatnya


Tuesday, 13 September 2011

PERKEMBANGAN POKOK ANGGUR

21 OGOS 2011


IAC berusia 7 bulan
Kini pokok-pokok anggurku dah pun berusia 7 bulan tapi masih belum sesuai untuk proses pembuahan
sebab ranting-rantingnya masih terlalu kecil dan tidak kuat. Aku pun masih teragak-agak untuk membuat prunning pembuahan kerana percubaan pertama dulu tidak mendatangkan hasil. So tunggu dululah.... mungkin biar pokok besar sikit kot!


Muscat
GRAPE STAND

Grape stand ni aku tempah dari seorang kawan, mulanya nak buat kecil aje sesuai untuk dijadikan bonsai tapi tak sangka dibuatnya besar pulak hampir sama tinggi dengan orang dewasa.
 Tapi tak apalah orang dah buatkan dah kira bagus!

Grape stand untuk Isabella




Thompson mula menjalar di atas para anggur


Thursday, 14 July 2011

KUNJUNGAN KE SENDAYAN VALLEY

10 JULAI 2011





   



Pengunjung di bawah pohon anggur



Grape stand yg digunakan utk dijadikan bonsai

Baja organik
 

Friday, 27 May 2011

PRUNNING POKOK ANGGUR




26 MEI 2011


White Malaga selepas dicantas
       Baru 2 minggu lepas aku meletakkan baja bunga untuk pokok White Malaga ni tapi hari ni kelihatan telah muncul bunga daripada tunas ranting-ranting yang patah. Bagi mendapatkan bunga yang lebat aku terpaksa prunning pokok WM ni supaya lebih banyak tunas baru yang akan tumbuh.

     Ranting-ranting yang dicantas tu aku potong-potong dan tanam dalam polybag harap-harap boleh hidup. Ranting yang sudah tumbuh tunas dan berakar juga aku tanam dalam polybag. 2-3 hari ni nampak daun-daunnya masih segar dan tak layu, kita tengok perkembangan seterusnya....









Tunas yang tumbuh beserta dengan akar


Tunas yang dicantas dan dialihkan ke dalam pasu


Bunga White Malaga


Keratan batang WM 















Kesiannya...



Tunas baru yang mula tumbuh

2 minggu selepas prunning


Monday, 16 May 2011

Anggur yang diserang penyakit

17 Mei 2011

Sudah sebulan lebih pokok-pokok anggur ini dialihkan ke tanah tapi tumbesarannya tidak menggalakkan. Dengan kata lain "terbantut" laa.... Macam-macam baja yang ku gunakan tapi pokok-pokok tu semakin merosot tumbesarannya.

Salah satu sebabnya adalah serangan penyakit. Kumbang memang suka makan daun anggur terutamanya pada waktu malam. Habis sampai berlubang-lubang daun-daun anggur dimakannya. Dah macam kain "lace" pun ada. Selain kumbang, pembiakkan kulat di bawah daun juga sukar dikawal. Ini serba sedikit merosakkan daun-daun anggur.

Serangan Kumbang



Serupa kain "lace"

















Jangkitan Kulat







Kulat di bawah daun




Muscat yang diserang penyakit


Thomson juga tak terkecuali dijangkiti penyakit


Satu lagi penyebab pokok anggur lambat membesar adalah kesan daripada wap racun rumpai. Pokok-pokok anggur amat sensitif dengan racun rumpai, walaupun pokok anggur tersebut jauh daripada kawasan meracun tapi wap racun itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan pucuk-pucuk anggur kering dan akhirnya pucuk tersebut akan mati.


Tumbesaran Isabella terbantut kesan daripada racun rumpai.
              

Saturday, 9 April 2011

LAMAN ANGGERIK


Terdapat banyak pokok-pokok orkid di halaman rumahku ini. Tapi nama dan spesisnya aku pun tak tahu.
So tengok gambar aje lah yer.....



Orkid kegemaranku











Orkid gergasi