17 Mei 2011
Sudah sebulan lebih pokok-pokok anggur ini dialihkan ke tanah tapi tumbesarannya tidak menggalakkan. Dengan kata lain "terbantut" laa.... Macam-macam baja yang ku gunakan tapi pokok-pokok tu semakin merosot tumbesarannya.
Salah satu sebabnya adalah serangan penyakit. Kumbang memang suka makan daun anggur terutamanya pada waktu malam. Habis sampai berlubang-lubang daun-daun anggur dimakannya. Dah macam kain "lace" pun ada. Selain kumbang, pembiakkan kulat di bawah daun juga sukar dikawal. Ini serba sedikit merosakkan daun-daun anggur.
Serangan Kumbang
|
Serupa kain "lace" |
Jangkitan Kulat
|
Kulat di bawah daun |
|
Muscat yang diserang penyakit |
|
Thomson juga tak terkecuali dijangkiti penyakit |
Satu lagi penyebab pokok anggur lambat membesar adalah kesan daripada wap racun rumpai. Pokok-pokok anggur amat sensitif dengan racun rumpai, walaupun pokok anggur tersebut jauh daripada kawasan meracun tapi wap racun itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan pucuk-pucuk anggur kering dan akhirnya pucuk tersebut akan mati.
|
Tumbesaran Isabella terbantut kesan daripada racun rumpai. |