Thursday 15 September 2011

MARKISA




Sementara menunggu pokok anggur besar kita cerita tentang Markisa pulak.

Buah Markisa juga dikenali sebagai Buah Susu merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu saja atau dijadikan minuman. Terdapat 2 jenis buah markisa iaitu kulit berwarna kuning dan ungu namun rasa kedua-duanya adalah sama saja.



Anak pokok Markisa
  




Pokok Markisa dibiarkan memanjat pokok jambu batu
 Pokok Markisa dijangkakan mula menghasilkan buah pada usia 5-6 bulan tetapi markisa yang ku tanam ini telahpun berusia hampir setahun baru mengeluarkan bunga sulung itupun belum mengeluarkan putik lagi.
Jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Daripada sumber yang boleh dipercayai buah markisa boleh dituai 75 hari selepas proses pendebungaan. Buahnya masam manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila masak ranum. Buah yang cukup matang akan tertanggal dari tangkainya secara semulajadi itu menandakan buah telah cukup masak.



Markisa rimbun dicelah-celah pohon jambu batu
 



Kuntum bunga Markisa
 

Bunga Markisa yang sedang mekar



Buah Markisa memang tinggi nilai khasiatnya terutamanya antioksidan dan vitamin C. Citarasa dan aromanya yang unik kadangkala tidak digemari oleh sesetengah orang tetapi khasiatnya yang tinggi dikatakan mampu mengurangkan pertumbuhan sel barah selain dapat mengawal kadar kolesterol dalam darah dan mengurangkan tekanan fizikal.


Putik Markisa


Buah Markisa
 Rupanya bukan semua bunga markisa yang berkembang mekar akan menjadi buah sebaliknya akan gugur tanpa sempat berputik. Hanya bunga yang menjalani proses pendebungaan yang sempurna saja yang akan berputik dan menjadi buah.




Buah yang hampir masak




















Markisa kuning yang hampir masak


Buah yang telah gugur dari tangkainya


Yum yum lazatnya


No comments:

Post a Comment