Thursday 31 March 2011

Pemindahan Pokok Anggur

31 Mac 2011

Penyediaan tapak tanaman anggur di halaman rumahku.
Esok anak-anak anggur akan dipindahkan ke tapak masing-masing.


Pancang kayu disediakan untuk membuat para anggur


Pasu untuk Isabella


Tapak Isabella telah disediakan

Tapak untuk IAC


1 April 2011 (Jumaat)

Alhamdulillah hari ini semua anak-anak anggur telah selamat ku pindahkan ke tempat yang lebih luas dengan harapan agar pokok-pokok anggur itu akan mendapat penghidupan yang lebih baik dan dapat membesar tanpa gangguan. Insya-Allah sekiranya pokok-pokok anggur ini menghasilkan buah yang lebat dan hasil yang banyak bolehlah aku sedekahkan kepada jiran-jiran dan saudara mara.


IAC baru dialihkan ke tanah

 
Pasu yang kekal untuk Isabella

Thompson dipindahkan ke pasu yang lebih besar




Tapak tanaman anggur yang sekangkang kera
 


Wednesday 23 March 2011

SALAK

POKOK SALAK

Pokok salak tumbuh dengan subur di bawah lindungan tumbuhan iaitu dalam keadaan yang lembap dan teduh.





Buah Salak




Buah Salak mempunyai rasa yang manis atau masam-masam manis dan kelat sedikit biasanya dimakan dalam keadaan segar tetapi boleh juga dibuat jeruk.


Salak Jantan









Pokok salah terdiri daripada pokok jantan (tidak berbuah) dan betina. Pokok salah boleh membuahkan hasil selepas 4 tahun di tanam.









3 April 2011

Pendebungaan Salak

Pagi ni aku dapati ada beberapa tangkai bunga salak betina yang sedang berkembang, kebetulan bunga salak jantan juga telah berkembang sejak beberapa hari yang lalu. Aku tidak melepaskan peluang untuk melakukan  proses pendebungaan berbantu bagi menggalakkan penghasilan buah salak.



Bunga Salak Betina


Bunga Salak Jantan


Proses pendebungaan berbantu



Putik salak

Pendebungaan berbantu menggalakkan penghasilan buah yang lebat 

30 September 2011

Buah salak boleh dituai selepas 6 bulan proses pendebungaan dilakukan. Ia bagi memastikan buah cukup matang dan menghasilkan buah yang cukup manis. Walaupun terpaksa menunggu lama tetapi usaha ini tidak sia-sia kerana kita akan dapat menikmati buah yang cukup lazat dan manis.

Buah salak yang telah masak dan sedia untuk dipetik

Terdapat lebih daripada 30 biji dalam satu tandan


Berbaloi menunggu lama akhirnya dapat dinikmati buah yang cukup manis & lazat

Friday 18 March 2011

MULBERRY



16 Mac 2011


Mulberry baru dialihkan ke tanah
 




















Salah satu kegunaan bahagian pokok Mulberry, terutama daunnya adalah sebagai makanan utama ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.


Bunga dan buah mulberry

Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut agak kering dan lidah terasa panas. Elok jika makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja boleh juga mengambil jus mulberry bagi menambahkan cecair badan dan menguatkan penglihatan.


Buah yang dah mula masak
Buah muda berwarna hijau dan akan bertukar merah apabila masak. Namun mulberry akan menjadi betul-betul manis apabila buahnya bertukar hitam menandakan ianya telah masak ranum.



Daun kerinting

Salah satu penyakit pokok Mulberry ni ialah daunnya menjadi kerinting. Apa penyebabnya aku kurang pasti. Wahai sifu.... Apakah sebabnya pokok ni menjadi sebegini rupa?


  1 Jun 2011 yang lalu aku telah mencantas pokok Mulberry yang satu ini. 2 minggu kemudian kelihatan tunas-tunas baru mula keluar dan pada setiap tunas tu pula telah mengeluarkan bunga.
Akan tetapi bunganya tidaklah begitu lebat.


Tunas baru yang telah mengeluarkan bunga

19 OGOS 2011

Pada 1/8/2011 yang lalu prunning kedua pokok mulberry dilakukan. Kali ni semua daun dibuang, hanya tinggal ranting saja. Daun-daun mulberry ni tidak dibuang begitu saja sebaliknya dijadikan sebagai makanan arnab. Arnab memang suka makan daun mulberry ni sampaikan tak pandang rumput israel yang biasa ku beri tu. Manakala tinja arnab ni pula kujadikan baja untuk pokok-pokok yang ada di sekeliling rumahku termasuk pokok-pokok anggur.... Jimat kos beb!

2 minggu selepas prunning nampak banyak tunas-tunas baru dah mula berkembang dengan bunganya sekali. Harap-harap kali ni buahnya lebih lebat daripada yang sebelum nie. Batang-batang mulbbery yang berwarna coklat aku semai untuk dijadikan anak benih dalam polibeg. Dapat laa 12 polibeg, tu pun dah kena cukai 2 beg tinggal 10 aje. 5 daripadanya dah mula mengeluarkan tunas. Memang senang hidup pokok mulberry ni.


Prunning kali kedua


Batang2 yang disemai dah mula tumbuh



Prunning kali ke-2 mengeluarkan bunga yang lebih lebat
 

Buah yang hampir masak


Buah yang telah masak rasanya masam-masam manis, sedap dimakan segar atau dibuat jem

Selain itu aku mencuba juga untuk menjadikan pokok mulberry ini sebagai pokok bonsai yang ditanam di dalam pasu. Cantik juga agaknya...!

Mulberry Bonsai
 

Thursday 17 March 2011

MUSCAT


Pokok Muscat ni special sikit masa beli dengan En. Dol hari tu pokok ni memang dah berbunga. Tapi kata Kak Mai bunga tu tak semestinya jadi buah sebab pokoknya baru sebulan lebih jer. Mungkin bila dikeluarkan daripada polybag untuk dialihkan ke tanah akarnya akan terjejas dan bunganya akan layu.
So selepas dibawa balik ke rumah aku pun letak aje kat sebelah garaj kereta supaya tak kena hujan. Cuma siram air pagi/petang dan tambah tanah kat dalam polybag tu.



Pokok Muscat yg baru dibawa balik dr rumah En.Dol

Menurut En.Dol kalau nak bunga tu menjadi pokok tu jangan diusik takut akarnya terjejas.
Aku pun biar aje pokok tu dalam polybag sampai buah dia besar sikit macam gambar di bawah...



Buah Muscat sebesar biji kacang hijau

9 hari selepas dibawa balik ke rumah barulah aku alihkan pokok tu ke tanah. Pertumbuhan pokok ni memang cepat sehingga ke hari ini dah hampir 3 kaki tingginya.


 


Pokok Muscat selepas dialihkan ke tanah
 




 
    Buah yang berusia 54 hari
  






















Muscat diserang penyakit















Tengok tu buah belum sempat masak dah kena cukai




















Malangnya belum pun sempat aku merasa telahpun habis kesemua buahnya.


1 Januari 2012

Aku melakukan prunning ke atas pokok Muscat ini, beberapa minggu selepas tu barulah kelihatan tunas-tunas baru mula keluar. Kelihatan bunga-bunga anggur juga keluar dari celah-celah daun. Gembira dan teruja kerana usahaku selama ini tidak sia-sia. Tambah bersemangat aku untuk meneruskan kerja-kerja menjaga pokok-pokok anggur yang selama ini hampir lenyap. Harapanku semoga aku dapat menghasilkan buah-buah anggur dari halamanku sendiri........ Amin!
Tunas yang baru tumbuh









Bunga telah mula keluar



Putik bunga anggur


Bunga anggur yang mula berkembangan



Bunga yang sedang mekar
         
















Putik anggur pada hari ke-5



Hari ke-10
 

Dalam banyak2 bunganya yang mekar hari tu cuma 17 biji aje yang lekat dan membesar. Jadilah daripada tak ada langsung.













Hari ke-20


Berkelambu


Hari ke-30



Pada hari ke-74 buah anggur dah mula bertukar warna




Hari ini genaplah sebulan usia buah anggur Muscat ini sejak dari hari pertama bunganya mekar. Alhamdulillah buahnya agak besar sedikit berbanding buah yang terdahulu. Semoga ianya membesar dan terus membesar setanding dengan anggur yang dijual di supermarket...... Hehehe....

Buah-buah anggur terpaksa dipakaikan kelambu untuk keselamatan.



Hari ke-80


Hari ke-90