Thursday, 17 March 2011

ISABELLA

20 Februari 2011

Aku telah membeli satu lagi pokok anggur sebaik sahaja pulang dari kerja. Pokok anggur merah ini aku dapati daripada seorang peminat anggur di Segamat. Ketika ini pokok anggur ini baru berusia sebulan. Sehingga ke hari ini pokok anggur ini masih lagi di dalam pasu. Insya-Allah akan ku alihkan ke tanah 3-4 minggu lagi.


Isabella
Tapak untuk Isabella telah disediakan
                     


Pasu yang kekal untuk Isabella



Aku memilih untuk menanam pokok Isabella ini di dalam pasu kerana ia lebih mudah untuk diuruskan dan menjimatkan ruang. Juga menjimatkan masa kerana kita tidak perlu meluangkan lebih banyak masa untuk kerja-kerja merumput.

Isabella diawal hayatnya agak menderita
  Dalam banyak-banyak pokok anggur yang ku taman Isabellalah yang paling lambat sekali membesar disebabkan oleh serangan penyakit seperti kulat dan kumbang. Tapi aku tetap tidak berputus asa terus menjaga dan merawatnya dengan sabar.

Beberapa bulan kemudian Alhamdulillah pokok Isabella ni semakin sihat dan bertambah rimbun daunnya.

Grape stand for Isabella


Kini lebih sihat dan mula merimbun


Titisan baja UREA baru dimulakan selepas prunning

1 Januari 2012

Aku melakukan prunning buat kali pertama untuk pokok Isabella ini pada usia lebih kurang setahun. 3 minggu kemudian mula kelihatan putik-putik kapas mula keluar menandakan tunas baru akan tumbuh. Tak banyak tunas yang tumbuh cuma 3 aje.....



Tunas baru mula tumbuh
 Apabila tunas mula memanjang kelihatanlah gugusan bunga anggur dari celah-celah daun, itupun tak banyak cuma ada 1 tangkai aje tapi sayangnya belum sempat berkembang bunga-bunga ini telah ditimpa hujan lebat menyebabkan bunganya layu dan gugur begitu sahaja......
Sedih sebab itulah bunga pertama untuk pokok Isabella ini tapi apakan daya kuasa Allah mengatasi segalanya.........


Bunga Isabella


Klon Isabella untuk dijadikan bonsai


Bonsai Isabella

           Ini pulak adalah klon Isabella yang tumbuh daripada ranting yang dipotong. Pokok ni akan ku jadikan bonsai sebagai pelengkap hiasan taman.

Sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang.
                                                                            

No comments:

Post a Comment