Hari ini aku menambah lagi koleksi pokok-pokok anggurku. Daripada 2 pokok kini menjadi 5 pokok. Pokok-pokok anggur ini aku beli dari Blogger Akademi Anggur Malaysia En. Dolms. Sanggup mengharungi 3 jam perjalanan ke Kajang semata-mata untuk mendapatkan apa yang diingini. Selain mendapat anak-anak pokok anggur aku juga mendapat khidmat nasihat bagaimana menanam dan menjaga pokok anggur dari En.Dol dan isteri.
Pokok-pokok anggur yang dibeli dari En. Dol.....
Muscat |
IAC |
Thompson |
Pokok Mulberry ni diberi percuma (souvenir sbb datang dr jauh.... hehehe T.Q En. Dol) |
12 April 2011
Aku ada juga mencuba menyemai biji buah anggur yang dibeli di pasaraya beberapa minggu yang lalu. Tak sangka pula ada yang hidup selepas 19 hari disemai. Biji yang disemai adalah dari jenama Alphonso. Buahnya berwarna hitam tetapi agak masam.
|
Alphonso berusia 5 hari |
No comments:
Post a Comment