Friday, 18 March 2011

MULBERRY



16 Mac 2011


Mulberry baru dialihkan ke tanah
 




















Salah satu kegunaan bahagian pokok Mulberry, terutama daunnya adalah sebagai makanan utama ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.


Bunga dan buah mulberry

Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut agak kering dan lidah terasa panas. Elok jika makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja boleh juga mengambil jus mulberry bagi menambahkan cecair badan dan menguatkan penglihatan.


Buah yang dah mula masak
Buah muda berwarna hijau dan akan bertukar merah apabila masak. Namun mulberry akan menjadi betul-betul manis apabila buahnya bertukar hitam menandakan ianya telah masak ranum.



Daun kerinting

Salah satu penyakit pokok Mulberry ni ialah daunnya menjadi kerinting. Apa penyebabnya aku kurang pasti. Wahai sifu.... Apakah sebabnya pokok ni menjadi sebegini rupa?


  1 Jun 2011 yang lalu aku telah mencantas pokok Mulberry yang satu ini. 2 minggu kemudian kelihatan tunas-tunas baru mula keluar dan pada setiap tunas tu pula telah mengeluarkan bunga.
Akan tetapi bunganya tidaklah begitu lebat.


Tunas baru yang telah mengeluarkan bunga

19 OGOS 2011

Pada 1/8/2011 yang lalu prunning kedua pokok mulberry dilakukan. Kali ni semua daun dibuang, hanya tinggal ranting saja. Daun-daun mulberry ni tidak dibuang begitu saja sebaliknya dijadikan sebagai makanan arnab. Arnab memang suka makan daun mulberry ni sampaikan tak pandang rumput israel yang biasa ku beri tu. Manakala tinja arnab ni pula kujadikan baja untuk pokok-pokok yang ada di sekeliling rumahku termasuk pokok-pokok anggur.... Jimat kos beb!

2 minggu selepas prunning nampak banyak tunas-tunas baru dah mula berkembang dengan bunganya sekali. Harap-harap kali ni buahnya lebih lebat daripada yang sebelum nie. Batang-batang mulbbery yang berwarna coklat aku semai untuk dijadikan anak benih dalam polibeg. Dapat laa 12 polibeg, tu pun dah kena cukai 2 beg tinggal 10 aje. 5 daripadanya dah mula mengeluarkan tunas. Memang senang hidup pokok mulberry ni.


Prunning kali kedua


Batang2 yang disemai dah mula tumbuh



Prunning kali ke-2 mengeluarkan bunga yang lebih lebat
 

Buah yang hampir masak


Buah yang telah masak rasanya masam-masam manis, sedap dimakan segar atau dibuat jem

Selain itu aku mencuba juga untuk menjadikan pokok mulberry ini sebagai pokok bonsai yang ditanam di dalam pasu. Cantik juga agaknya...!

Mulberry Bonsai
 

1 comment:

  1. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau cysts dan lain2 penyakit cuba berubat saya mohd zuhairi bin noordin 017 4687570 cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah

    ReplyDelete