Thursday 17 March 2011

Pokok Anggur Pertamaku

10 Februari 2011

WHITE MALAGA ATAU IAC?

 
















Inilah pokok anggur pertamaku yang baru dibeli 2 hari lepas dari nurseri di daerah kelahiranku. Menurut tuan punya nurseri tu pokok anggur ni berusia 3 bulan. Tauke nurseri tu pun tak tahu apa nama anggur nie, tapi daripada bentuk daunnya aku dapati ia adalah anggur hijau cuma aku tak pasti samada IAC ataupun White Malaga. 


                                       
                                                    Ini adalah gambar selepas dicantas.  

Selepas beberapa minggu ditanam dan rantingnya agak panjang aku telah mencantas kedua-dua rantingnya supaya lebih banyak tunas-tunas baru akan tumbuh.
                
                                  
                                      3 minggu selepas dicantas. Tunas-tunas baru mulai tumbuh.   


Pada mulanya pokok anggur ini hidup subur dan hampir-hampir berbunga walaupun pada ketka itu umurnya belum pun sampai setahun. Tetapi pembesarannya semakin lama semakin merosot selepas beberapa kali prunning dilakukan.





Pokok anggur ini tidak subur kerana berada di kawasan yang agak redup dan terlindung daripada cahaya matahari dan air sentiasa bertakung di bawahnya setiap kali hari hujan. Ini menyebabkan akarnya terendam dan pertumbuhannya juga terbantut.

Oleh kerana pokok anggur ini semakin hari semakin tidak sihat maka aku mengambil keputusan untuk memindahkan pokok anggur ni ke tempat yang lebih lapang dan kawasannya agak kering supaya ia mendapat cahaya matahari sepanjang hari.

Pada 1 Mac 2012 prunning dilakukan dan 9 Mac 2012 maka selamatlah pokok anggur yang satu ini dipindahkan ke tempat baru semoga selepas ini ia dapat hidup dengan lebih subur dan berbuah lebat.


Seminggu selepas prunning dan dipindahkan ke tempat baru


No comments:

Post a Comment