Penyediaan tapak tanaman anggur di halaman rumahku.
Esok anak-anak anggur akan dipindahkan ke tapak masing-masing.
| Pancang kayu disediakan untuk membuat para anggur |
| Pasu untuk Isabella |
| Tapak Isabella telah disediakan |
| Tapak untuk IAC |
1 April 2011 (Jumaat)
Alhamdulillah hari ini semua anak-anak anggur telah selamat ku pindahkan ke tempat yang lebih luas dengan harapan agar pokok-pokok anggur itu akan mendapat penghidupan yang lebih baik dan dapat membesar tanpa gangguan. Insya-Allah sekiranya pokok-pokok anggur ini menghasilkan buah yang lebat dan hasil yang banyak bolehlah aku sedekahkan kepada jiran-jiran dan saudara mara.
| IAC baru dialihkan ke tanah |
| Pasu yang kekal untuk Isabella
|
| Tapak tanaman anggur yang sekangkang kera |
No comments:
Post a Comment