Thursday 17 March 2011

Menambah koleksi pokok anggur

27 Februari 2011

Hari ini aku menambah lagi koleksi pokok-pokok anggurku. Daripada 2 pokok kini menjadi 5 pokok. Pokok-pokok anggur ini aku beli dari Blogger Akademi Anggur Malaysia En. Dolms. Sanggup mengharungi 3 jam perjalanan ke Kajang semata-mata untuk mendapatkan apa yang diingini. Selain mendapat anak-anak pokok anggur aku juga mendapat khidmat nasihat bagaimana menanam dan menjaga pokok anggur dari En.Dol dan isteri.

Pokok-pokok anggur yang dibeli dari En. Dol.....

Muscat

IAC
                                                                          



Thompson


Pokok Mulberry ni diberi percuma
 (souvenir sbb datang dr jauh.... hehehe T.Q En. Dol)



12 April 2011

Aku ada juga mencuba menyemai biji buah anggur yang dibeli di pasaraya beberapa minggu yang lalu. Tak sangka pula ada yang hidup selepas 19 hari disemai. Biji yang disemai adalah dari jenama Alphonso. Buahnya berwarna hitam tetapi agak masam.


Benih anggur baru tumbuh selepas 19 hari disemai


Alphonso berusia 5 hari
 

 

No comments:

Post a Comment